Kadangkala rasa muak dan mual kalau semua benda nak dikaitkan dengan politik, nak jawab pun rasa malas gila.
Cumanya bila ada yang masih bertanya mengenainya, sampaikan berasa kalut dan resah apakah benar bahawa UMNO yang mulakan polemik ICERD ini, dan sekarang penyokong PAS telah ditipu sekian-sekian, rasa bertanggungjawab pula nak kena terangkan.
Bagi den mudah je sebenarnya, penulis artikel ni sebenarnya tak faham pun apa yang dia tulis ataupun mungkin juga dia buat-buat tidak faham apa yang dia tulis. Antara salah satu.
Kalau kita nak bercerita kronologi, biar kita bercerita dari day-1. Jangan skip-skip, lebih-lebih lagi bila nampak macam nak cuba nak 'nullified' movement bantahan ratifikasi ICERD dengan menggunakan 'baggage' UMNO dan sebagainya.
Berikut adalah kronologi yang kita boleh susun mengenai ICERD dalam konteks Malaysia.
.
1. 2009, UPR REVIEW KALI PERTAMA UNTUK MALAYSIA.
Isu ICERD ini sudah bermula lama, mudah kata 'berakar asal' daripada gerakan yang sama yang telah memandu IFC dan COMANGO.
Namun akhirnya telah direalisasikan oleh SUHAKAM bersama NGO-NGO Hak Asasi Manusia,HAM (termasuk COMANGO) dan juga Malaysian Bar di mana pada tahun 2009, buat pertama kalinya Malaysia telah menyertai Universal Periodic Review (UPR) Process, di Geneva, Switzerland.
Maka di dalam acara UPR tersebut SUHAKAM dan NGO-NGO yang terlibat ini telah melobi bahawa wujudnya keperluan untuk Malaysia meratifkasikan konvensyen-konvensyen antarabangsa kerana wujudnya diskriminasi kaum dan sebagainya di Malaysia yang juga daripada aktiviti pelobian tersebut, akhirnya mengakibatkan Malaysia telah menerima 62 daripada 103 rekomendasi yang telah di 'issued' oleh Kumpulan Kerja UPR (Working Group) dalam hal-hal yang melibatkan:
su-isu hak asasi manusia termasuk, kesertaan kepada perjanjian hak asasi manusia antarabangsa (ratifikasi); mengkaji undang-undang dan sistem kehakiman yang sedia ada; hak asasi manusia golongan terdedah termasuk orang-orang asli, wanita dan kanak-kanak; pekerja asing; pemerdagangan orang; serta hak pendidikan, kesihatan dan kesihatan.
Rujuk Gambar 1 atau dipautan:
Malaysia’s First UPR (2009)
http://www.suhakam.org.my/regional-international/upr/first-cycle-2009/
.
Gambar 1:
Isu ICERD ini sudah bermula lama, mudah kata berakar asal daripada gerakan yang sama yang telah memandu IFC dan COMANGO namun akhirnya telah direalisasikan dalam bentuk realiti oleh SUHAKAM bersama NGO-NGO(termasuk COMANGO) dan juga Malaysian Bar di mana pada tahun 2009, buat pertama kalinya Malaysia telah menyertai Universal Periodic Review (UPR) Process, di Geneva, Switzerland
.2. 2011, LAPORAN REVIEW INTERIM UPR KALI PERTAMA
‘Berkat’ daripada usaha SUHAKAM melobi diperingkat antrabangsa, telah mengakibatkan ada beberapa konvensyen antrabangsa yang telah diratifikasi oleh kerajaan Malaysia bermula pada tahun 2010 seperti Konvensyen mengenai Hak Orang dengan Ketidakupayaan (CRPD) dan penarikan semula beberapa ‘reservation’ Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW).
Selain itu, Kerajaan (Kerajaan BN) telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kecil Teknikal (IASC) untuk mengkaji empat perjanjian/konvensyen-konvensyen hak asasi manusia antarabangsa utama yang lain termasuklah ICERD.
Rujuk gambar 2 atau disini:
SUHAKAM’s Interim Report on the Universal Periodic Review (UPR) Follow-up
http://www.suhakam.org.my/wp-content/uploads/2013/11/2-SUHAKAM_UPR-Interim-Report_-_to-_HRC-18.pdf
Gambar 2:
Kerajaan (Kerajaan BN) telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kecil Teknikal untuk mengkaji empat perjanjian hak asasi manusia antarabangsa utama yang lain termasuklah ICERD.
Dan seperti yang kita tahu dan telah diucapkan oleh YB Senator Waytha sendiri di parlimen pada 15.11.2018 yang lalu,
Baawa kerajaan terdahulu telah bersetuju dan memutuskan bahawa Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah ditugaskan untuk mengetuai Jawatankuasa Teknikal(IASC) tersebut bagi mengkaji kesesuaian konvensyen-konvensyen antarabangsa tersebut termasuklah ICERD dengan meneliti secara terperinci artikel-artikel yang terkandung di dalam konvensyen-konvensyen tersebut dan adakah artikel tersebut bercanggah dengan aspirasi Perlembagaan Persekutuan.
Maka di sini lah timbul persoalan adakah sememangya kerajaan BN mahu meratifikasikan ICERD ni?
Kita sambung baca kronologi ni lagi.
3. 2012, WHY MALAYSIA SHOULD RATIFY ICERD – PROHAM
2 tahun berlalu, Jawatankuasa Teknikal mengkaji konvensyen-konvensyen antarabangsa telah ditubuhkan, tiada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia hinggakan NGO Hak Asasi Manusia (HAM) seperti PROHAM yang ditubuhkan oleh individu yang terlibat dengan SUHAKAM juga telah mula gelisah dengan memainkan isu ketuanan Melayu dan diskriminasi kaum melalui artikel 153, den quote apa dia kata,
"Think about this ladies and gentlemen and ask yourself whether there is racial discrimination in this country or not.
Relate this to the idea of ‘ketuanan Melayu’ and the affirmative action and policy for the Malays who form the majority population and control everything associated with government. the Human Rights Foundation of Malaysia it provides a variety of statistics, news articles, reports, academic reports, anecdotes etc to demonstrate the scale and depth of the discrimination that non-Malays and non-Muslims face.
Among others the following indicators are mentioned:
The federal constitution establishes 2 classes of citizens through Article 153, the root of the racist system...”
Menariknya artikel ini juga telah dikongsikan oleh YB Lim Kit Siang di blog beliau.
Rujuk Gambar 3 atau di pautan:
https://blog.limkitsiang.com/2012/11/01/why-malaysia-should-ratify-icerd/
Gambar 3:
Think about this ladies and gentlemen and ask yourself whether there is racial discrimination in this country or not. Relate this to the idea of ‘ketuanan Melayu’ and the affirmative action and policy for the Malays who form the majority population and control everything associated with government. the Human Rights Foundation of Malaysia it provides a variety of statistics, news articles, reports, academic reports, anecdotes etc to demonstrate the scale and depth of the discrimination that non-Malays and non-Muslims face. Amongs others the following indicators are mentioned:
The federal constitution establishes 2 classes of citizens through Article 153, the root of the racist system.”
4. 2013, UPR KALI KEDUA UNTUK MALAYSIA
SUHAKAM bersama-sama geng NGO HAM yang sama masih melobi supaya kerajaan mempercepatkan keputusan ratifikasi konvensyen-konvensyen antarabangsa termasuklah ICERD, dan menyatakan kerisauan mengenai sikap acuh tak acuh kerajaan, 'slow progress' kata mereka, dan meminta kerajaan untuk bersungguh dengan mengadangkan perbincangan yang serius dengan pemegang taruh (Stakeholders).
Boleh Rujuk Gambar 4 atau di:
http://www.suhakam.org.my/regional-international/upr/second-cycle-2013/
Gambar 4:
2013, UPR KALI KEDUA UNTUK MALAYSIA
SUHAKAM bersama-sama geng NGO yang sama masih melobi supaya kerajaan mempercepatkan keputusan ICERD, dan menyatakan kerisauan mengenai sikap acuh tak acuh kerajaan slow progress dan meminta kerajaan untuk bersungguh dengan mengadangkan perbincangan yang serius dengan pemegang taruh (Stakeholders).
Namun apa yang pasti setakat tahun 2013, ICERD TIDAK DIRATIFIKASIKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA ketika itu.
Boleh rujuk sendiri di dokumen yang telah dikeluarkan oleh UPR dan SUHAKAM sendiri.
Rujuk gambar 5-6 atau dipautan:
1. Summary of Stakeholders’ Information– Malaysia
http://www.suhakam.org.my/wp-content/uploads/2013/11/Summary-OHCHR-Malaysia.pdf
Gambar 5:
Setakat tahun 2013, ICERD TIDAK DIRATIFIKASIKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA ketika itu. Boleh rujuk sendiri di dokumen yang telah dikeluarkan oleh UPR dan SUHAKAM sendiri.
2. Table: Government of Malaysia’s Positions on the UPR Recommendations (Prepared by SUHAKAM)https://drive.google.com/file/d/0B6FQ7SONa3PRTkVVRXdRM05NY00/view
Gambar 6:
Setakat tahun 2013, ICERD TIDAK DIRATIFIKASIKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA ketika itu. Boleh rujuk sendiri di dokumen yang telah dikeluarkan oleh UPR dan SUHAKAM sendiri.
5. 2015, SUHAKAM GESA KERAJAAN BN UNTUK RATIFIKASIKAN ICERD
5 tahun berlalu, walaupun ada komiti IASC yang telah ditubuhkan, namun kerajaan ketika itu masih tidak berbuat apa-apa mengenai konvensyen-konvensyen antarabangsa termasuklah ICERD, tiada usaha ratifikasi seperti perbincangan, memanjang dok ‘study’.
Rujuk gambar 7 atau dipautan:
“SUHAKAM calls on the Government to accede to the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination 1969”
http://www.suhakam.org.my/wp-content/uploads/2015/04/Press-Release-ICERD-2015-.pdf
Gambar 7
2015, SUHAKAM GESA KERAJAAN BN UNTUK RATIFIKASIKAN ICERD
.
5 tahun berlalu, walaupun ada komitee yang telah ditubuhkan, namun kerajaan ketika itu masih tidak berbuat apa-apa mengenai ICERD ini, tiada usaha ratifikasi seperti perbincangan, memanjang dok ‘study’.
6. 2016, SUHAKAM MELOBI SEKALI LAGI PADA INTERIM UPR KALI KEDUA.
6 Tahun berlalu sekali lagi SUHAKAM mengadu kepada kumpulan-kumpulan Hak Asasi Antarabangsa di UPR bahawa kerajaan Malaysia tidak mengambil serius akan ratifikasi ICERD ni, den quote merek
"The Government has established an inter-agency standing committee (IASC) on human rights to carry out studies on the feasibility of Malaysia’s accession to the International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights (ICESCR) and theInternational Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). IASC’s work in this regard commenced since as early as 2013.
However, information regarding the progress or outcomes of such studies has yet to be made publicly available. To date, SUHAKAM does not see any significant evidence to suggest that the Government is moving forward in acceding to the aforesaid international instruments."
Rujuk gambar 8 atau dipautan:
SUHAKAM’s Midterm Report for Malaysia’s second UPR
https://drive.google.com/file/d/0B6FQ7SONa3PRczB2YWcwS2hKcms/view
Gambar 8:
6 Tahun berlalu sekali lagi SUHAKAM mengadu kepada di UPR bahawa kerajaan Malaysia tidak mengambil serius akan ratifikasi ICERD.
"NO SIGNIFICANT EVIDENCE". Itulah kata SUHAKAM.
Jadi setakat Interim UPR 2013, Malaysia masih TIDAK BERMINAT NAK RATIFIKASI ICERD.
.7. 2014-2016, KOMAS MELOBI ICERD
NGO-NGO Hak Asasi Manusia (HAM) seperti KOMAS yang merupakan sebahagian daripada penggeraknya adalah orang yang sama mengerakkan SUHAKAM juga dilihat kerap menolak isu meratifikasi ICERD di dalam dokumen-dokumen mereka.
Di dalam dokumen mereka digambar seolah-olah Malaysia ni sangatlah teruk dan perlukan ICERD untuk 'fix' isu diskriminasi kaum di Malaysia dengan segera.
Antara isu-isu yang dinaikkan adalah dari seremeh-remeh isu salah pasang tanda tandas muslimin/muslimat di tandas PLUS, gelas asing muslim/bukan muslim, isu dobi 'Muslim Only' di Muar hinggalah kepada isu politik seperti kenyataan TGHH dalam isu Hudud di Malaysia.
Dijaja dan dilobi diluar negara seolah-olahnya teruk sangat perkauman kat Malaysia ni.
Boleh rujuk gambar 9-12 ataupun dipautan:
MALAYSIA RACIAL DISCRIMINATION REPORT 2017
https://komas.org/v2/wp-content/uploads/2016/03/Malaysia-Racial-Discrimination-Report-2017.pdf
Gambar 9:
NGO-NGO HAM seperti KOMAS yang merupakan sebahagian daripada SUHAKAM juga kerap menolak isu ratifikasi ICERD di dalam dokumen-dokumen mereka.
Di dalam dokumen mereka digambar seolah-olah Malaysia ni sangatlah teruk dan perlukan ICERD untuk 'fix' isu ini.
Antara isu-isu yang dinaikkan adalah dari seremeh isu salah pasang tanda tandas muslimin/muslimat di tandas PLUS, gelas asing muslim/bukan muslim hinggalah kepada isu politik seperti kenyataan TGHH dalam isu Hudud di Malaysia.
Dijaja dan dilobi diluar negara seolah-olahnya teruk sangat.
Gambar 10:
NGO-NGO HAM seperti KOMAS yang merupakan sebahagian daripada SUHAKAM juga kerap menolak isu ratifikasi ICERD di dalam dokumen-dokumen mereka.
Di dalam dokumen mereka digambar seolah-olah Malaysia ni sangatlah teruk dan perlukan ICERD untuk 'fix' isu ini.
Antara isu-isu yang dinaikkan adalah dari seremeh isu salah pasang tanda tandas muslimin/muslimat di tandas PLUS, gelas asing muslim/bukan muslim hinggalah kepada isu politik seperti kenyataan TGHH dalam isu Hudud di Malaysia.
Dijaja dan dilobi diluar negara seolah-olahnya teruk sangat.
Gambar 11:
NGO-NGO HAM seperti KOMAS yang merupakan sebahagian daripada SUHAKAM juga kerap menolak isu ratifikasi ICERD di dalam dokumen-dokumen mereka.
Di dalam dokumen mereka digambar seolah-olah Malaysia ni sangatlah teruk dan perlukan ICERD untuk 'fix' isu ini.
Antara isu-isu yang dinaikkan adalah dari seremeh isu salah pasang tanda tandas muslimin/muslimat di tandas PLUS, gelas asing muslim/bukan muslim hinggalah kepada isu politik seperti kenyataan TGHH dalam isu Hudud di Malaysia.
Dijaja dan dilobi diluar negara seolah-olahnya teruk sangat
Gambar 12:
NGO-NGO HAM seperti KOMAS yang merupakan sebahagian daripada SUHAKAM juga kerap menolak isu ratifikasi ICERD di dalam dokumen-dokumen mereka.
Di dalam dokumen mereka digambar seolah-olah Malaysia ni sangatlah teruk dan perlukan ICERD untuk 'fix' isu ini.
Antara isu-isu yang dinaikkan adalah dari seremeh isu salah pasang tanda tandas muslimin/muslimat di tandas PLUS, gelas asing muslim/bukan muslim hinggalah kepada isu politik seperti kenyataan TGHH dalam isu Hudud di Malaysia.
Dijaja dan dilobi diluar negara seolah-olahnya teruk sangat
Kalau nak baca lagi mengenai KOMAS boleh rujuk di tulisan Abang Lukman Sheriff di:https://www.facebook.com/lukman.sheriff.1/posts/10155468186087820 8. 2018, SEBELUM PRU 14.
By now, den rasa engkau orang pun mesti boleh nampak paten dia kan, UPR di'review' setiap 4 tahun, (2009-2013-2018) dan setelah hampir 9 tahun UPR review yang pertama disertai oleh Malaysia, malah komiti yang ditubuhkan untuk mengkaji 4 konvensyen-konvensyen antrabangsa termasuk ICERD pada 2010, sehingga 2018 masih lagi TIADA RATIFIKASI yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia. Itu benda yang kita kena tahu.
Dan tahukah anda pada awal tahun 2018, iaitu pada bulan Mac tahun ini, SUHAKAM sekali lagi telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan Malaysia (Kerajaan BN),
BAHAWASANYA TIADA LANGKAH KONKRIT YANG TELAH DIJALANKAN OLEH KERAJAAN UNTUK MERATIFIKASIKAN 4 KONVENSYEN-KONVENSYEN ANTARABANGSA TERSEBUT(termasuklah ICERD) walaupun sudah bertahun menubuhkan jawatankuasa iaitu sejak 2010.
Rujuk gambar 13 atau dipautan;
Submission by the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) to the United Nations Human Rights Council’s Third Universal Periodic Review of Malaysia (March 2018)
https://drive.google.com/file/d/10OwJjaYz1ETMiZtVTHYTw57uYZdyN27V/view?usp=sharing
Gambar 13:
2018, - PRA PRU 14.
Kerajaan Malaysia (Kerajaan BN) TIADA LANGKAH KONKRIT YANG TELAH DIJALANKAN OLEH KERAJAAN UNTUK MERATIFIKASIKAN ICERD walaupun sudah bertahun menubuhkan jawatankuasa iaitu sejak 2010.
Maka in short, sejak dari tahun 2009-2018 (sebelum tukar kerajaan), 4 konvensyen-konvensyen antarabangsa tersebut termasuklah ICERD TIDAK DIRATIFIKASI kan, mudahnya pada ketika itu KERAJAAN TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH untuk meratifikasi konvensyen-konvensyen tersebut.
Ni bukan den yang koba ni, SUHAKAM yang koba ya.
.9. 2018, BIBIT AWAL.
Kita semua tahu bahawa geng-geng seperti COMANGO, KOMAS, SUHAKAM, IFC bagai juga antaranya adalah penggerak BERSIH, mereka ni lah yang galak nak ratifikasi ICERD.
Maka tidak peliklah apabila kemudiannya isu meratifikasi konvensyen-konvensyen antarabangsa yang tertangguh ini telah mendapat tempat di dalam perkara 26 manifesto Pakatan Harapan.
TAK PERCAYA?
Den quote,
Janji 26: Menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai rekod hak asasi yang dihormati dunia
Kerajaan Pakatan Harapan akan menjadikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) sebagai sebuah badan yang berwibawa dan dihormati. Laporan SUHAKAM akan dijadikan agenda perbahasan di Parlimen agar cadangan-cadangannya ditimbang dengan sewajarnya
Pelan Hak Asasi Manusia Kebangsaan akan dperbaiki dan dilaksanakan sepenuhnya. Matlamat kita ialah agar kedudukan Malaysia dalam Universal Periodic Review menjadi lebih baik dan peningkatan prestasi kita selaras dengan perkembangan dunia.
..Konvensyen-konvensyen antarabangsa yang sesuai tetapi belum diratifkasi akan diratifkasikan seberapa segera, termasuklah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Hak Politik dan Sivil. "
Boleh rujuk gambar 14 atau dipautan;
https://kempen.s3.amazonaws.com/pdf/Buku_Harapan.pdf
Gambar 14:
'Janji 26: Menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai rekod hak asasi yang dihormati dunia
Kerajaan Pakatan Harapan akan menjadikan
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
sebagai sebuah badan yang berwibawa dan dihormati.
Laporan SUHAKAM akan dijadikan agenda perbahasan di Parlimen agar cadangan-cadangannya ditimbang dengan sewajarnya
.. Pelan Hak Asasi Manusia Kebangsaan akan dperbaiki dan dilaksanakan sepenuhnya. Matlamat kita ialah agar kedudukan Malaysia dalam Universal Periodic Review menjadi lebih baik dan peningkatan prestasi kita selaras dengan perkembangan dunia.
..Konvensyen-konvensyen antarabangsa yang sesuai
tetapi belum diratifkasi akan diratifkasikan seberapa
segera, termasuklah Konvensyen Antarabangsa
Mengenai Hak Politik dan Sivil.
" Ditakdirkan Allah, PH menang. Alhamdullilah.
Dan bermula dari situlah keadaan mula nampak berubah...
10. 2018, PASCA PRU.
Seawal 2 Julai 2018 - Menteri Luar Negeri Datuk Saifudin Abdullah, disebuah forum anjuran Sinar Harian, beliau telah sebut dan menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia akan meratifikasi baki kesemua 6 konvensyen antarabangsa yang belum ditandatangani.
Rujuk: https://youtu.be/mnVRmTOcoiY?t=2115
Dan kemudianya pada 29 Sept 2018, diselitkan pula usaha tersebut di dalam ucapan oleh Tun M di UNGA, Tun di dalam ucapan tersebut ada menyebut:
“Kerajaan baharu Malaysia turut berikrar dalam lingkungan sama, untuk mengiktiraf "semua baki instrumen PBB" berkaitan perlindungan hak asasi manusia. Ia bukan mudah bagi kami kerana Malaysia adalah negara berbilang etnik, agama, budaya dan bahasa. Kami akan memperuntukkan ruang dan masa bagi semua untuk membuat keputusan secara bebas berasaskan demokrasi."
ujuk disini atau di Gambar 15:
Teks ucapan penuh Dr Mahathir di UNGA ke-73
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/09/479255/teks-ucapan-penuh-dr-mahathir-di-unga-ke-73
Gambar 15:
29 Sept 2018, diselitkan pula di dalam ucapan oleh Tun M di UNGA yang mana akhirnya diangkat menjadi dasar luar Malaysia Baharu, di mana Tun telah menyebut:
“Kerajaan baharu Malaysia turut berikrar dalam lingkungan sama, untuk mengiktiraf "semua baki instrumen PBB" berkaitan perlindungan hak asasi manusia. Ia bukan mudah bagi kami kerana Malaysia adalah negara berbilang etnik, agama, budaya dan bahasa. Kami akan memperuntukkan ruang dan masa bagi semua untuk membuat keputusan secara bebas berasaskan demokrasi."
Yang mana akhirnya ucapan tersebut telah diangkat menjadi dasar luar bagi 'Malaysia Baharu' melalui usul yang telah di bawa pada sidang parlimen.
Kemudian pada hari perbahasan usul ucapan tersebut di parlimen iaitu pada 15 Oktober 2018, ianya telah di-'highlight'kan pula oleh Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthurirani.P yang menggesa kerajaan untuk memenuhi janji ke 26 Manifesto PH untuk meratifikasi konvensyen-konvensyen antarabangsa termasuklah ICERD, ketika beliau membahas usul dasar luar tersebut.
Den sendiri pernah tulis pasal ucapan perbahasan tersebut.
Rujuk:Perkara 153, 3, 160 terancam?
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217884092722840&id=1499194213
Menariknya, ketika usul dasar luar tersebut dibahaskan, YB KJ adalah antara yang terawal membangkitkan risiko akan kesan ratifikasi ICERD kepada perkara 153.
Rujuk:
KJ persoal kesan konvensyen PBB pada hak bumiputera
https://www.malaysiakini.com/news/447448 TIADA KEBERANIAN NAK RATIFIKASI KONVENSYEN-KONVENSYEN ANTARABANGSA ini.
Boleh rujuk hansad 15/10/2018 kalau tak percaya.
Malah 'Lawyers for Liberties' (LBL) yang juga di antara NGO di belakang SUHAKAM di UPR, telah mengeluarkan 'media statement' mengecam YB KJ apabila beliau berkata ICERD menggangu perkara 153.
Rujuk:
Khairy is wrong that ratifying the convention against racial discrimination( ICERD) will affect special position of Malays
https://www.lawyersforliberty.org/lfl-khairy-is-wrong-that-ratifying-the-convention-against-racial-discrimination-icerd-will-affect-special-position-of-malays/
11. 23 OKTOBER 2018, ISU ICERD MELETUP.
Dan pada 23 Oktober 2018, isu ini akhirnya telah MELETUP bila mana Menteri Perpaduan, YB Senator P. Waytha Moorthy sebut nak ratifikasi 6 konvensyen termasuk ICERD disebuah persidangan yang bertajuk "Malaysia Towards ICERD Ratification" di Petaling Jaya.
Beliau siap dah bagi tarikh nak ratifikasi iaitu pada Q1 2019. Rujuk Gambar 16:
Minister: Govt to ratify convention on racial discrimination, five other treaties in Q1 2019
https://www.malaymail.com/s/1686303/minister-govt-to-ratify-six-treaties-including-icerd-in-2019
Gambar 16
Masa inilah benda ni meletup teruk.
Sebabnya berpandukan ayat dari YB Senator pada majlis tersebut, kerajaan harini sudah seolah-olah macam dah CONFIRM nak RATIFIKASI konvensyen-konvensyen antrabangsa tersebut termasuklah ICERD.
Tanpa ada apa-apa lagi perbincangan, tanpa dibawa ke parlimen ataupun persetujuan Majlis Raja-Raja.
Maka dimulakan petisyen Bantahan Ratifikasi Konvenyen Antarabangsa ICERD oleh peguam-peguam dari MTEM, MLC dan CLJ yang telah disokong penuh oleh aktivis-aktivis media sosial serta keterlibatan platform atas talian seperti The Patriots dan Gerakan Pengundi Sedar, GPS seperti di pautan:
https://www.change.org/p/pendokong-perlembagaan-bantahan-ratifikasi-konvensyen-antarabangsa-icerd isu ini kemudiannya mula di 'pickup' oleh NGO -NGO seperti UMMAH, ISMA, HALUAN,GAMIS, PPIM, PPMM, MACSA, CENTHRA, PERKID, KONGRES RAKYAT, MUAFAKAT dsbnya, sebelum disambut oleh Pemuda UMNO, Pemuda PAS yang akhirnya merebak ke keseluruhan UMNO, PAS and the rest is history.
.KESIMPULANNYA, gerakan nak bawa konvensyen-konvensyen antarabangsa termasuklah ICERD ke dalam Malaysia ini sudah lama tuan-tuan, sejak 2009, dan mungkin sebelum itu juga.
Cumanya, sebelum pertukaran kerajaan ianya tidak pernah menjadi kerisauan siapa-siapa kerana KERAJAAN LAMA TIDAK PERNAH KOMITED UNTUK MERATIFIKASI ICERD ini.
Ni bukan den koba ya, ni SUHAKAM and the gang yang kata.
Akan tetapi ianya telah menjadi kegelisahan dan kerisauan bahkan mungkin menjadi polemik bila kita dah tukar kerajaan baru ni, nampaknya macam NGO-NGO HAM dan SUHAKAM ni buat kerja lebih dan 'extra'.
Dan lebih merisaukan, apabila menteri luar seperti Dato' Saifuddin dan YB Waytha Moorthy, tidak dilupakan Datuk Seri Mujahid..
Memberikan kenyataan-kenyataan seolah-olah bersungguh sangat nak buat ICERD.
Maka logiklah ada yang panik dan menggelabah..
Nasihat ikhlas dan rendah diri dari den,
For once, sekali ini saja, BUANGLAH SEKEJAP topi Politik tu.
Kita hentikan dulu 'playing the blame game'.
Ketahuilah bahawa ini bukan isu UMNO atau PAS hasut rakyat, UMNO tipu PAS dsbnya..
Anda kena sedar dan tahu bahawa seolahnya ada cubaan nak 'infiltrate' perlembagaan kita melalui jalan belakang menggunakan gerakan-gerakan atas nama NGO-NGO HAM.
NGO-NGO HAM, yang mengutuk kita diluar, melobi di UPR, mengutuk Perkara 153 sebagai sebuah PENINDASAN, DISKRIMINASI dan PEMBANTAIAN HAK.
Jadi bukalah mata, dan telinga,
FAHAMI dan BERSATULAH kita semua, orang MELAYU, ANAK NEGERI BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK, tanpa mengira parti..
Kita sama-sama DESAK dan INGATKAN kerajaan harini, supaya tidak komited untuk MERATIFIKASIKAN ICERD yang akhirnya boleh mengganggu-gugat HAK KITA iaitu PERKARA 153 di dalam PERLEMBAGAAN, hanya kerana ditekan oleh kumpulan-kumpulan NGO HAM dan SUHAKAM yang mungkin telah ada dalam kerajaan itu sendiri.
"As Simple As That."
TITIK.
Sekian.
SEBARKAN.
P/S: Sapa rajin boleh buat Timeline. Den malas.
Nota Kaki:
Sebagai penutup den kongsikan apa yang dilobi oleh SUHAKAM pada UPR kali yang ke-3 bagi Malaysia pada 5 November 2018 yang lepas.
Rujuk gambar akhir atau dipautan ini:
Summary of stakeholders' information
http://daccess-ods.un.org/access.nsf/Get?Open&DS=A/HRC/WG.6/31/MYS/3&Lang=E
Boleh mula 'connect the dots' dan fikir-fikirkanlah :)
SUMBER FB
Khairul Azri