24 November 2018

ISLAM sudah ada kita TAK PERLU ICERD - TGHH




Malaysia tidak perlu mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) kerana Perlembagaan telah menjamin kebebasan beragama dan hak-hak kaum di negara ini.



Islam sudah memberi ruang yang lebih baik daripada ICERD, lebih adil dari ICERD oleh sebab itu, cukup dengan Islam

Apa yang ada di Malaysia kini termasuk amalan toleransi agama dan saling hormat menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini sudah cukup baik.

Justeru  tidak perlu diwujudkan sesuatu yang boleh mengundang masalah sehingga menimbulkan perasaan syak wasangka dan rasa ketidak selesaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan kepercayaan seperti Malaysia 
Di Malaysia, tidak ada amalan-amalan yang menidakkan mana-mana agama lain begitu juga  dalam Islam (perintah supaya tidak menindakkan orang lain mengamalkan agamanya) TIDAK ADA.
Gunakanlah ICERD di negara-negara lain di mana ada berlaku pergaduhan antara agama dan kaum jangan di Malaysia

Apa lagi ICERD adalah jalan belakang yang membenarkan orang luar campurtangan dalam negara kita.

#TolakICERD

Tiada ulasan: