Ahli Exco Selangor Ganabatirau Veraman muat naik tuduhan dalam FB selepas berlaku pergaduhan antara 2 kumpulan pagi tadi
Ahli Exco Selangor berkenaan menuduh sekumpulan orang Islam menyerang Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya, awal pagi tadi, hingga mencetuskan rusuhan.
Tanpa mengemukakan bukti, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Kemuning daripada parti DAP itu, memuatnaik TUDUHAN berkenaan dalam laman Facebooknya pagi tadi.
1-“Serangan sekumpulan muslim menunjukkan terdapat cubaan untuk mewujudkan ketidakharmonian di kalangan kaum yang hidup aman damai selama ini,”
2-Meminta polis menjalankan siasatan dengan teliti kejadian itu dan memberi perlindungan yang diperlukan kepada orang awam mengikut Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
3-Dia menerima laporan sekumpulan penceroboh memasuki kuil dengan senjata berbahaya dan menyerang orang awam di kuil itu.
“The attack by a group of Muslims group”
Ini bukan rusuhan kaum ataupun pergaduhan antara Melayu & India tetapi ini adalah isu antara dua kumpulan yang tidak sefahaman, satu kumpulan membantah pemindahan kuil manakala satu kumpulan lagi bersetuju.
Sebagai seorang wakil rakyat yang mewakili rakyat berbilang bangsa dan agama, tindakan Ahli Exco Selangor menulis dan menuduh semberono “Muslim Group” tanpa siasat amat mengecewakan dan boleh menimbulkan ketegangan kaum dan agama.
Memohon sahabat MEMBUAT LAPORAN POLIS terhadap kenyataan Ahli Exco Selangor agar pihak Polis Diraja Malaysia #PDRM menyiasat Ahli Exco Selangor di atas kenyataannya yang tidak bertanggungjawab tersebut?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan