24 November 2018

Wujub ke Kerajaan Pakatan Harapan...?

Tidak wujud Kerajaan Pakatan Harapan di Malaysia yang wujud hanyalah Kerajaan Persekutuan Malaysia.Tulis "Kerajaan Pakatan Harapan" .. kami rakyat Malaysia ni pembayar cukai kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia! bukan pada Kerajaan Pakatan Harapan !

"Kerajaan Pakatan Harapan" adalah Kerajaan untuk ahli² dan penyokong PH sahaja sepertiman mana Kerajaan BN dulu yang hanya berkhidmat untuk penyokong BN, bukan rakyat Malaysia keseluruhannya yang terdiri dari pelbagai perbezaan fahaman politik.

Kerajaan Persekutuan hari ini di bentuk oleh ahli² parlimen dari parti² yang bergabung membentuk Pakatan Harapan. Apabila mereka mengangkat sumpah jawatan kabinet, mereka tidak lagi boleh memakai baju PH tetapi perlu memakai baju Menteri Kabinet Malaysia yang dibayar gaji dan elaun bulanan menggunakan duit pembayar cukai SST dan lain² oleh rakyat Malaysia bukan hanya ahli² PH.

PH dalam manifesto PRU14 yang lalu menjanjikan bulan dan bintang kepada pengundi yang terpedaya untuk mengundi mereka TAPI apabila kesemua janji tersebut gagal di tunaikan, mereka mempersendakan rakyat dengan menyatakan manifesto kami dulu bukan kitab suci dan PM dengan selambanya menyatakan bahawa kita buat manifesto dulu tanpa mengetahui kita boleh menang maka seluruh rakyat Malaysia di tipu (dikencing) begitu saja.

Hari ini Kerajaan PH (Pakatan Hancing) menjanjikan untuk tidak meraktifikasi ICERD maka pencacai² PH akan meroyan mempersendakan rancangan himpunan mega bantah ICERD 8 Disember 2018 ini dengan menuduh perhimpunan ini membuang masa kerana "Kerajaan Pakatan Harapan" telah berjanji unutk tidak meraktifikasikannya.

Selaku Penasihat Undang² Himpunan ini, saya mewakili seluruh rakyat yang bakal turun ke Jalanan 8 Disember nanti ingin memberikan mesej berikut kepada Kerajaan.


Cukup lah mengencing rakyat.

KAMI AKAN TETAP TURUN BERAMAI² MEMBANTAH ICERD DAN PEMBOHONGAN KAMU


KENYATAAN MEDIA KAMU INI BUKAN KITAB SUCI

Buzze Azam

Manifesto berjela pun selamba jer PH kencing, apa la sangat nak kencing press statement secuit... 
press statement pun kencing "Kerajaan Pakatan Harapan"
nanti ada plak alasan "press statement bukan kitab suci". himpunan #KL812 #BantahICERD MUST GO ON... selagi Waytha Moorthy tak dipecat atau letak jawatan!
Dulu kencing tanda menipu. ini kencing tanda kecut ke?
Tanya jer?

Nasir Seligi

sumber:
Jabatan Perdana Menteri


Tiada ulasan: