30 November 2018

MEMBERI cadangan untuk kebaikkan pada umat ISLAM pun kena MAKI dan DIHINA



Hanya kerana menyarankan kerajaan memisahkan hasil cukai mudarat (sin tax) daripada dana terkumpul (wang disatukan ) supaya sumber yang halal digunakan untuk membayar gaji pekerja....



YB Rantau Panjang Siti Zailah Mohd Yusoff DIMAKI DAN DITUDUH MACAM² oleh melayu PH dan Ustaz PAN.
 YANG SEBENAR bukan baru kali ini ,YB Rantau Panjang menyarankan kerajaan memisahkan hasil cukai mudarat (sin tax) daripada dana terkumpul (wang disatukan ) tapi sudah lama dan sudah banyak kali .. SEJAK 2009 LAGI!

TAPI MACAM biasa la perangai melayu PH dan Ustaz PAN macam Che Ibrahim Mohamed ni. jenis main sondol jer tanpa memahami isu sebenar... lain yang dibawa lain yang mereka putar belit ..


BERI saranan yang baik mengikut landasan Islam pun dimaki dan diperlekeh oleh melayu PH... sebaliknya yang merugikan umat Islam bermatian² mereka backup!


28 November 2018

Malaysia tak perlu #ICERD tapi perlu ISLAM untuk memimpin - Dr Bala



Dengar bebaik semua, BAIK MELAYU BAIK CINA BAIK INDIA dan SEMUA KAUM yang berada di Malaysia ini...
#Malaysia tak perlu #ICERD tapi perlu ISLAM untuk memimpin...

Dengar sampai habis ..
Hadamkan! dan Sebarkan

TERBAIK dari Dr. Bala Chandran Gopal Krisnan
(Penasihat Hindu Sangam Terengganu)
Kongres Tolak ICERD

ISLAM penyelesaian, bukan ICERD , Al-Quran mengatakan tanpa sebarang syarat untuk membawa keadilan untuk semua (antara kaum) “

Yang menjadikan saya seorang Islam atau tidak hanya Allah swt... bila masa sampainya jadilah islam - Dr Bala

Semoga beliau di beri HIDAYAH

26 November 2018

Ahli Exco Selangor tuduh umat Islam serang kuil di Subang Jaya.



Ahli Exco Selangor Ganabatirau Veraman muat naik tuduhan dalam FB selepas berlaku pergaduhan antara 2 kumpulan pagi tadi
Ahli Exco Selangor berkenaan menuduh sekumpulan orang Islam menyerang Kuil Seafield Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya, awal pagi tadi, hingga mencetuskan rusuhan.
Tanpa mengemukakan bukti, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Kemuning daripada parti DAP itu, memuatnaik TUDUHAN berkenaan dalam laman Facebooknya pagi tadi.
1-“Serangan sekumpulan muslim menunjukkan terdapat cubaan untuk mewujudkan ketidakharmonian di kalangan kaum yang hidup aman damai selama ini,”
2-Meminta polis menjalankan siasatan dengan teliti kejadian itu dan memberi perlindungan yang diperlukan kepada orang awam mengikut Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.
3-Dia menerima laporan sekumpulan penceroboh memasuki kuil dengan senjata berbahaya dan menyerang orang awam di kuil itu.
Apakah tujuan YB Ganabatirau Veraman menulis;
“The attack by a group of Muslims group”
Ini bukan rusuhan kaum ataupun pergaduhan antara Melayu & India tetapi ini adalah isu antara dua kumpulan yang tidak sefahaman, satu kumpulan membantah pemindahan kuil manakala satu kumpulan lagi bersetuju.
Sebagai seorang wakil rakyat yang mewakili rakyat berbilang bangsa dan agama, tindakan Ahli Exco Selangor menulis dan menuduh semberono “Muslim Group” tanpa siasat amat mengecewakan dan boleh menimbulkan ketegangan kaum dan agama.
Memohon sahabat MEMBUAT LAPORAN POLIS terhadap kenyataan Ahli Exco Selangor agar pihak Polis Diraja Malaysia #PDRM menyiasat Ahli Exco Selangor di atas kenyataannya yang tidak bertanggungjawab tersebut?

25 November 2018

Apa guna bergelar PARTI KEADILAN kalau bergelumang POLITIK WANG...?



RAKAN saya di Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Setiawangsa yang juga bekas Ketua AMK menyatakan bahawa tiada guna Kelantan bergelar Serambi Makkah jika pembalakan berleluasa.
Saya tidak ingin menyentuh tentang fakta pembalakan di Kelantan yang semua orang tahu bahawa Jabatan Perhutanan Kelantan pernah dianugerah sijil MS ISO 9001: 2008 di atas kejayaan pengurusan pengeluaran kayu secara berkekalan di hutan simpan kekal.
Sijil anugerah itu dikeluarkan Jabatan Standard Malaysia bagi tempoh 21 September 2016 sehingga 14 September 2018. Barangkalikah sebuah negeri yang berlakunya pembalakan berleluasa menerima sijil tersebut?
Soalan balas saya kepada saudara Nik Nazmi ialah, wajarkah Parti Keadilan Rakyat (PKR) digelar dengan nama 'Keadilan' jika berleluasanya politik wang di dalam parti tersebut?
Bukan saya yang kata, calon Timbalan Presiden PKR yang menyatakan demikian. Jika dakwaan itu benar, bermakna hampir 51 peratus yang mengundi YB Datuk Seri Azmin Ali sebagi Timbalan Presiden adalah berkemungkinan daripada yang telah dibeli undinya? Selamatkah sebuah parti jika Timbalan Presidennya menang dengan undi dibeli?
Jika dakwaan itu tidak benar, bermakna kira-kira 49 peratus yang mengundi Rafizi Ramli telah mengundi seorang pembohong. Selamatkah sebuah parti yang 49 peratus anggotanya mengangkat seorang pembohong untuk menjadi pemimpin?
Jadi soalannya, adakah layak PKR digelar Parti Keadilan Rakyat? Sekadar soalan untuk soalan YB Nik Nazmi.


ustaz Ahmad Fadhli Bin ShaariAhli Parlimen Pasir Mas
19 November 2018 

24 November 2018

Mahasiswa berarak BANTAH TIDAK TUNAI JANJI PTPTN







Mahasiswa menyertai Himpunan Tuntut Janji Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), hari ini dengan berarak ke ibu pejabat PTPTN.

Bagi membantah bayaran balik pinjaman pendidikan berkenaan yang diumumkan dalam pembentangan belanjawan 2019 baru-baru ini.

Himpunan anjuran Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) yang bermula kira-kira jam 12.30 tengah hari itu antara lain bagi menggesa kerajaan mewajibkan pembayaran balik PTPTN ke atas individu bergaji RM4,000 ke atas


Beberapa peserta dilihat membawa beberapa sepanduk ‘Mahasiswa Ditekan’ dan ‘Kami Ditipu’ sambil melaungkan ‘Tuntut Janji PTPTN’. dan mereka turut mendesak MENTERI PENDIDIKAN MELETAK JAWATAN.

ISLAM sudah ada kita TAK PERLU ICERD - TGHH




Malaysia tidak perlu mengiktiraf Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) kerana Perlembagaan telah menjamin kebebasan beragama dan hak-hak kaum di negara ini.



Islam sudah memberi ruang yang lebih baik daripada ICERD, lebih adil dari ICERD oleh sebab itu, cukup dengan Islam

Apa yang ada di Malaysia kini termasuk amalan toleransi agama dan saling hormat menghormati dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini sudah cukup baik.

Justeru  tidak perlu diwujudkan sesuatu yang boleh mengundang masalah sehingga menimbulkan perasaan syak wasangka dan rasa ketidak selesaan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan kepercayaan seperti Malaysia 
Di Malaysia, tidak ada amalan-amalan yang menidakkan mana-mana agama lain begitu juga  dalam Islam (perintah supaya tidak menindakkan orang lain mengamalkan agamanya) TIDAK ADA.
Gunakanlah ICERD di negara-negara lain di mana ada berlaku pergaduhan antara agama dan kaum jangan di Malaysia

Apa lagi ICERD adalah jalan belakang yang membenarkan orang luar campurtangan dalam negara kita.

#TolakICERD

U-TURN RUPANYA.. MUJURLAH RAKYAT LAWAN



KUALA LUMPUR, 23 Nov - Peguam Lawyers for Liberty (LFL) menghentam Pakatan Harapan (PH) kerana keputusannya tidak meneruskan Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), walaupun berjanji untuk berbuat demikian pada mulanya.
Pengarah Eksekutif LFL Latheefa Koya & penasihat N. Surendran membantah U-Turn itu, menyifatkan ia sebagai memalukan & pengkhianatan.

sumber: Malay Mail


Apa beza bekerjasama dengan bergabung



Setiap kali PAN buat isu,setiap kali tu lah ambo berasa bosan duduk kat Kelantan..Bukan apa,bunyi bising sek PAN dok yoya yoya ni kuat sangat.Sampai bergegar paPAN gelegar dekat rumah..


Semalam,dok scroll² facebook,terjumpa hok bodo tanya pasal isu PAS kerjasama dengan Umno.,Dia tanya apa beza 'bekerjasama' dengan 'bergabung'..

Analogi dia mudah..Pernah tengok cita Power Rangers??Dia ada 5 orang.Ada warna merah,kuning,biru..5 orang ni bekerjasama untuk berlawan dengan raksaksa.

Tapi bioa raksasa dah besar,mereka terpaksa 'bergabung' menjadi robot besar..Yang ni orang panggil bergabung..

Apa beza kerjasama dengan bergabung..Masa kerjasama tu,5 orang Power Rangers bebas membuat skill blipak masing² untui melawan raksasa..Tidak terikat dengan mana² Rangers yang lain.

Tapi bila mereka sudah bergabung,mereka kens bersatu dalam sebuah robot,dan tidak bebas untuk membuat skill masing²..Mereka terikat..

Sama juga dengan isu PAS kerjasama dengan Umno.PAS tidak bergabung dengan umno..PAS tidak masuk dalam Umno,Umno tidak masuk dalam PAS.Masing² dengan skill tersendiri,tapi matlamat mereka adalah sama iaitu melawan 'raksasa' yang jahat iaitu PH..

Hanya yang tolol saja kata,bila dah kerjasama,tu tanda mereka bercinta..

Shazarul Salmi
Ketua Penakir Jeli,Cawangan Facebook

Wujub ke Kerajaan Pakatan Harapan...?

Tidak wujud Kerajaan Pakatan Harapan di Malaysia yang wujud hanyalah Kerajaan Persekutuan Malaysia.Tulis "Kerajaan Pakatan Harapan" .. kami rakyat Malaysia ni pembayar cukai kepada Kerajaan Persekutuan Malaysia! bukan pada Kerajaan Pakatan Harapan !

"Kerajaan Pakatan Harapan" adalah Kerajaan untuk ahli² dan penyokong PH sahaja sepertiman mana Kerajaan BN dulu yang hanya berkhidmat untuk penyokong BN, bukan rakyat Malaysia keseluruhannya yang terdiri dari pelbagai perbezaan fahaman politik.

Kerajaan Persekutuan hari ini di bentuk oleh ahli² parlimen dari parti² yang bergabung membentuk Pakatan Harapan. Apabila mereka mengangkat sumpah jawatan kabinet, mereka tidak lagi boleh memakai baju PH tetapi perlu memakai baju Menteri Kabinet Malaysia yang dibayar gaji dan elaun bulanan menggunakan duit pembayar cukai SST dan lain² oleh rakyat Malaysia bukan hanya ahli² PH.

PH dalam manifesto PRU14 yang lalu menjanjikan bulan dan bintang kepada pengundi yang terpedaya untuk mengundi mereka TAPI apabila kesemua janji tersebut gagal di tunaikan, mereka mempersendakan rakyat dengan menyatakan manifesto kami dulu bukan kitab suci dan PM dengan selambanya menyatakan bahawa kita buat manifesto dulu tanpa mengetahui kita boleh menang maka seluruh rakyat Malaysia di tipu (dikencing) begitu saja.

Hari ini Kerajaan PH (Pakatan Hancing) menjanjikan untuk tidak meraktifikasi ICERD maka pencacai² PH akan meroyan mempersendakan rancangan himpunan mega bantah ICERD 8 Disember 2018 ini dengan menuduh perhimpunan ini membuang masa kerana "Kerajaan Pakatan Harapan" telah berjanji unutk tidak meraktifikasikannya.

Selaku Penasihat Undang² Himpunan ini, saya mewakili seluruh rakyat yang bakal turun ke Jalanan 8 Disember nanti ingin memberikan mesej berikut kepada Kerajaan.


Cukup lah mengencing rakyat.

KAMI AKAN TETAP TURUN BERAMAI² MEMBANTAH ICERD DAN PEMBOHONGAN KAMU


KENYATAAN MEDIA KAMU INI BUKAN KITAB SUCI

Buzze Azam

Manifesto berjela pun selamba jer PH kencing, apa la sangat nak kencing press statement secuit... 
press statement pun kencing "Kerajaan Pakatan Harapan"
nanti ada plak alasan "press statement bukan kitab suci". himpunan #KL812 #BantahICERD MUST GO ON... selagi Waytha Moorthy tak dipecat atau letak jawatan!
Dulu kencing tanda menipu. ini kencing tanda kecut ke?
Tanya jer?

Nasir Seligi

sumber:
Jabatan Perdana Menteri


SURAT TERBUKA BUAT YBHG TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD


Oleh:https:Hazwan Mohamad
Bismillahirrahmanirrahim,

Kehadapan YBhg. Tun. Dr. Mahathir bin Mohamad,
Izinkan untuk saya berbeza pendapat tentang apa yang Tun ucapkan berkenaan isu pengkhianat negara bernama Waythamoorthy yang kini diangkat sebagai Menteri Perpaduan dibawah kabinet menteri kerajaan Pakatan Harapan.
Dalam isu ini, selain dari 180 ribu tandatangan rakyat Malaysia melalui satu petisyen yang digerakkan oleh NGO Gerakan Pengundi Sedar (GPS) telah berjaya dikumpul untuk menuntut Waytha letak jawatan dan disiasat, ia juga merupakan satu isu tentang bagaimana kredibiliti sesebuah kerajaan dalam mendepani isu rakyat yang berpaling tadah terhadap kesetiaan dan sumpah taat setianya kepada tanah air.
Waytha yang mengaku sebagai warganegara Malaysia telah memfitnah dan memburuk-burukkan nama negara yang kita semua cintai ini di persada antarabangsa.
Bukan sedikit fitnah dan pembohongan dilakukan. Jika Tun cukup benci bagaimana Najib Razak memalukan Malaysia melalui skandal kewangan teragung 1MDB, Tun juga perlu malu menyimpan seorang menteri yang mengatakan pada dunia, bahawa Malaysia memaksa penganut Hindu peluk Islam, kuil masyarakat Hindu diroboh sewenang-wenangnya, dan juga tidak diberi peluang untuk mendapatkan biasiswa.
YBhg Tun,
Sampai bila kita mahu berasa 'tak apa' dan 'berlembut' apabila berdepan dengan tindakan segelintir rakyat yang bersikap biadap dan kurang ajar memburukkan dan memfitnah nama negara. Apatah lagi individu yang bersikap demikian memiliki pengaruh dan mampu membawa sentimen perkauman yang cukup membimbangkan seluruh rakyat Malaysia.
Ketahuilah, setelah rakaman temuramah itu tersebar beberapa hari lalu, Waytha tidak pernah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka. Malah tetap memberi alasan dan berdalih hatta tatkala diminta penjelasan dalam dewan rakyat yang mulia.
Tidak ada rasa sekelumit pun, rasa bersalah dalam diri si bongkak pengkhianat negara untuk menyesal atas fitnah dan adu domba yang dilempar terhadap negara. Tidak kiralah samada ianya berusia 10 tahun hatta 100 tahun sekalipun, rakyat berhak untuk tidak lagi melihat wajah Waytha diangkat sebagai menteri malah atas posisi apa sekalipun dalam negara yang tercinta.
YBhg Tun,
Anak semua bangsa sudah bersuara, dalam tempoh 2 hari petisyen digerakkan sudah berjaya mengumpul hampir 200 ribu tandatangan suara rakyat Malaysia. Angka ini malah melebihi undi paling banyak diterima YB Tony Pua dalam PRU14 yang lalu.
Anak semua bangsa, hatta rakan-rakan India kita semua pun, menyuarakan pendapat yang sama. Betapa malunya mereka melihat sosok tubuh pelampau perkauman dan pengkhianat negara bernama Waytha Moorthy anak lelaki Ponnusamy.
YBhg Tun,
Kami anak semua bangsa, telah bersuara. Kami desak dan kami pinta, kerajaan tidak lagi menyimpan pengkhianat negara Waytha dalam kabinet menteri. Kami menyeru, agar Tun memecat dan menyerahkan Waytha untuk disiasat dan dibawa kemuka pengadilan agar beliau mendapat pengajaran sewajarnya.
Begitu juga tindakan ini boleh memberi pengajaran berharga buat seluruh rakyat Malaysia, betapa perbuatan berbohong dan memfitnah negara adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.
Ketahuilah, bahawa seorang yang terpalit dengan isu perkauman, adu domba dan fitnah seperti Waythamoorthy ini tidak lagi layak dan memiliki kredibiliti untuk diangkat dan dijulang sebagai Menteri apatah lagi dibawah portfolio Perpaduan & Integrasi Nasional.
YBhg Tun,
Benar, semua orang berhak untuk merasa insaf atas segala sesuatu kesalahan yang pernah dilakukan. Semua orang berhak juga mendapat peluang kedua.
Tetapi untuk pengkhianat negara dan pelampau perkauman, peluang kedua itu sudah tentu bukannya diangkat menjadi Menteri Perpaduan di era Malaysia Baharu.
Salam Juang!
Hazwan Mohamad,
Presiden,
Professional Muslim Community (PMC).
23/11/2018
Lihat rakaman temuramah Waytha: Hazwan Mohamad
Teruskan Petisyen lucut jawatan Waytha: bit.ly/lucutwaytha

Malaysia tak boleh kata tolak ICERD - Anwar



Ada tuduhan yang mengatakan PAS hanya lawan ICERD sahaja. Tak lawan 1MDB. Utk makluman, PAS bukan lawan ICERD sahaja. PAS juga lawan seks songsang, 1MDB, LGBT, kes rasuah banglo, kes trowong, forex, PKFZ, perwaja, kes rasuah, kes akidah. Bacalah daripada media PAS. Jangan ambil maklumat sampah yang tidak tahu mana asal usulnya.


Janganlah duduk perasan mereka sahaja yang lawan rasuah. Apa yang pelik, bunyi gegak gempita hendak lawan rasuah. Parti sendiri terpalit dengan rasuah. Pemimpinnya bebas tuduhan rasuah. Rakyat sudah pandai menilai. Sekarang musim rakyat tepuk dan senyum kepada pemimpin PH.
Alhamdulillah, semakin lama, semakin terserlah. Rakyat sudah kenal siapa pejuang dan siapa yang ambil peluang. Cakap tidak serupa bikin. Kokok berderai-derai, ekor bergelumang taik.
PAS bukan parti oportunis. PAS bukan parti yang tidak ada maruah sehingga hilang jati diri. PAS bukan parti yang lapar pada sokongan sampai gadai prinsip perjuangan agama dan jati diri.
Kami diajar berpolitik untuk bekalan mati. Kebenaran kawan PAS, walau pun ia dibawa oleh musuh. Kebatilan musuh PAS walau pun yang bawa itu kawan PAS.
Ust Idris Hj Ahmad.
19/11/18
Ahli akademik jangan jadi 'lembu' - Anwar
https://twitter.com/AnakSeligi/status/1065977715277336576

Ahli akademik jangan jadi 'lembu' - Anwar




Apakah masalah dalam Malaysia diera #KerajaanBARUaa ni hanya 1MDB jer ker... yang lain seperti
FOREX, BMF , PERWAJA ,PKFZ serta kerugian berpuluh² bilion Bank Negara dan lain-lain yang jauh lebih besar kerugian pada negara berbanding 1MDB dah lenyap ke???
Kenapa Anwar skrg terus diam walaupun sebelum ini dia kuat menyalak dengan skandal² tersebut ...
Sudah la Anwar! kau pun sama, akhlak dan etika perjuangan pun entah kemana juga... semasa belum jadi kerajaan bukan main kau menyalak itu menyalak ini ... selepas jadi kerajaan lain pula bunyinya...
Parti sendiri PUN amal rasuah ,,, dimana akhlak dan etika perjuangannya?
Apakah ini akhlak dan etika BAKAL PM PALING LAMA?
https://www.facebook.com/100011667058753/videos/734421253623436/
Hipokrit Bin Munafik

23 November 2018

MENJAWAB MILO SUAM DALAM ISU #ICERD





Kadangkala rasa muak dan mual kalau semua benda nak dikaitkan dengan politik, nak jawab pun rasa malas gila.


Cumanya bila ada yang masih bertanya mengenainya, sampaikan berasa kalut dan resah apakah benar bahawa UMNO yang mulakan polemik ICERD ini, dan sekarang penyokong PAS telah ditipu sekian-sekian, rasa bertanggungjawab pula nak kena terangkan.

Bagi den mudah je sebenarnya, penulis artikel ni sebenarnya tak faham pun apa yang dia tulis ataupun mungkin juga dia buat-buat tidak faham apa yang dia tulis. Antara salah satu.

Kalau kita nak bercerita kronologi, biar kita bercerita dari day-1. Jangan skip-skip, lebih-lebih lagi bila nampak macam nak cuba nak 'nullified' movement bantahan ratifikasi ICERD dengan menggunakan 'baggage' UMNO dan sebagainya.

Berikut adalah kronologi yang kita boleh susun mengenai ICERD dalam konteks Malaysia.


.
1. 2009, UPR REVIEW KALI PERTAMA UNTUK MALAYSIA.

Isu ICERD ini sudah bermula lama, mudah kata 'berakar asal' daripada gerakan yang sama yang telah memandu IFC dan COMANGO.

Namun akhirnya telah direalisasikan oleh SUHAKAM bersama NGO-NGO Hak Asasi Manusia,HAM (termasuk COMANGO) dan juga Malaysian Bar di mana pada tahun 2009, buat pertama kalinya Malaysia telah menyertai Universal Periodic Review (UPR) Process, di Geneva, Switzerland.

Maka di dalam acara UPR tersebut SUHAKAM dan NGO-NGO yang terlibat ini telah melobi bahawa wujudnya keperluan untuk Malaysia meratifkasikan konvensyen-konvensyen antarabangsa kerana wujudnya diskriminasi kaum dan sebagainya di Malaysia yang juga daripada aktiviti pelobian tersebut, akhirnya mengakibatkan Malaysia telah menerima 62 daripada 103 rekomendasi yang telah di 'issued' oleh Kumpulan Kerja UPR (Working Group) dalam hal-hal yang melibatkan:

su-isu hak asasi manusia termasuk, kesertaan kepada perjanjian hak asasi manusia antarabangsa (ratifikasi); mengkaji undang-undang dan sistem kehakiman yang sedia ada; hak asasi manusia golongan terdedah termasuk orang-orang asli, wanita dan kanak-kanak; pekerja asing; pemerdagangan orang; serta hak pendidikan, kesihatan dan kesihatan.


Rujuk Gambar 1 atau dipautan:
Malaysia’s First UPR (2009)
http://www.suhakam.org.my/regional-international/upr/first-cycle-2009/


.
Gambar 1:

Isu ICERD ini sudah bermula lama, mudah kata berakar asal daripada gerakan yang sama yang telah memandu IFC dan COMANGO namun akhirnya telah direalisasikan dalam bentuk realiti oleh SUHAKAM bersama NGO-NGO(termasuk COMANGO) dan juga Malaysian Bar di mana pada tahun 2009, buat pertama kalinya Malaysia telah menyertai Universal Periodic Review (UPR) Process, di Geneva, Switzerland


.2. 2011, LAPORAN REVIEW INTERIM UPR KALI PERTAMA

‘Berkat’ daripada usaha SUHAKAM melobi diperingkat antrabangsa, telah mengakibatkan ada beberapa konvensyen antrabangsa yang telah diratifikasi oleh kerajaan Malaysia bermula pada tahun 2010 seperti Konvensyen mengenai Hak Orang dengan Ketidakupayaan (CRPD) dan penarikan semula beberapa ‘reservation’ Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak (CRC) dan Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi terhadap Wanita (CEDAW).

Selain itu, Kerajaan (Kerajaan BN) telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kecil Teknikal (IASC) untuk mengkaji empat perjanjian/konvensyen-konvensyen hak asasi manusia antarabangsa utama yang lain termasuklah ICERD.


Rujuk gambar 2 atau disini:

SUHAKAM’s Interim Report on the Universal Periodic Review (UPR) Follow-up
http://www.suhakam.org.my/wp-content/uploads/2013/11/2-SUHAKAM_UPR-Interim-Report_-_to-_HRC-18.pdf




Gambar 2:
Kerajaan (Kerajaan BN) telah menubuhkan sebuah Jawatankuasa Kecil Teknikal untuk mengkaji empat perjanjian hak asasi manusia antarabangsa utama yang lain termasuklah ICERD.

Dan seperti yang kita tahu dan telah diucapkan oleh YB Senator Waytha sendiri di parlimen pada 15.11.2018 yang lalu,

Baawa kerajaan terdahulu telah bersetuju dan memutuskan bahawa Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional telah ditugaskan untuk mengetuai Jawatankuasa Teknikal(IASC) tersebut bagi mengkaji kesesuaian konvensyen-konvensyen antarabangsa tersebut termasuklah ICERD dengan meneliti secara terperinci artikel-artikel yang terkandung di dalam konvensyen-konvensyen tersebut dan adakah artikel tersebut bercanggah dengan aspirasi Perlembagaan Persekutuan.

Maka di sini lah timbul persoalan adakah sememangya kerajaan BN mahu meratifikasikan ICERD ni?

Kita sambung baca kronologi ni lagi.


3. 2012, WHY MALAYSIA SHOULD RATIFY ICERD – PROHAM

2 tahun berlalu, Jawatankuasa Teknikal mengkaji konvensyen-konvensyen antarabangsa telah ditubuhkan, tiada apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia hinggakan NGO Hak Asasi Manusia (HAM) seperti PROHAM yang ditubuhkan oleh individu yang terlibat dengan SUHAKAM juga telah mula gelisah dengan memainkan isu ketuanan Melayu dan diskriminasi kaum melalui artikel 153, den quote apa dia kata,

"Think about this ladies and gentlemen and ask yourself whether there is racial discrimination in this country or not.

Relate this to the idea of ‘ketuanan Melayu’ and the affirmative action and policy for the Malays who form the majority population and control everything associated with government. the Human Rights Foundation of Malaysia it provides a variety of statistics, news articles, reports, academic reports, anecdotes etc to demonstrate the scale and depth of the discrimination that non-Malays and non-Muslims face.

Among others the following indicators are mentioned:

The federal constitution establishes 2 classes of citizens through Article 153, the root of the racist system...”

Menariknya artikel ini juga telah dikongsikan oleh YB Lim Kit Siang di blog beliau.


Rujuk Gambar 3 atau di pautan:
https://blog.limkitsiang.com/2012/11/01/why-malaysia-should-ratify-icerd/




Gambar 3:
Think about this ladies and gentlemen and ask yourself whether there is racial discrimination in this country or not. Relate this to the idea of ‘ketuanan Melayu’ and the affirmative action and policy for the Malays who form the majority population and control everything associated with government. the Human Rights Foundation of Malaysia it provides a variety of statistics, news articles, reports, academic reports, anecdotes etc to demonstrate the scale and depth of the discrimination that non-Malays and non-Muslims face. Amongs others the following indicators are mentioned:

The federal constitution establishes 2 classes of citizens through Article 153, the root of the racist system.”

4. 2013, UPR KALI KEDUA UNTUK MALAYSIA

SUHAKAM bersama-sama geng NGO HAM yang sama masih melobi supaya kerajaan mempercepatkan keputusan ratifikasi konvensyen-konvensyen antarabangsa termasuklah ICERD, dan menyatakan kerisauan mengenai sikap acuh tak acuh kerajaan, 'slow progress' kata mereka, dan meminta kerajaan untuk bersungguh dengan mengadangkan perbincangan yang serius dengan pemegang taruh (Stakeholders).

Boleh Rujuk Gambar 4 atau di:

http://www.suhakam.org.my/regional-international/upr/second-cycle-2013/




Gambar 4:
2013, UPR KALI KEDUA UNTUK MALAYSIA
SUHAKAM bersama-sama geng NGO yang sama masih melobi supaya kerajaan mempercepatkan keputusan ICERD, dan menyatakan kerisauan mengenai sikap acuh tak acuh kerajaan slow progress dan meminta kerajaan untuk bersungguh dengan mengadangkan perbincangan yang serius dengan pemegang taruh (Stakeholders).

Namun apa yang pasti setakat tahun 2013, ICERD TIDAK DIRATIFIKASIKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA ketika itu.

Boleh rujuk sendiri di dokumen yang telah dikeluarkan oleh UPR dan SUHAKAM sendiri.

Rujuk gambar 5-6 atau dipautan:


1. Summary of Stakeholders’ Information– Malaysia
http://www.suhakam.org.my/wp-content/uploads/2013/11/Summary-OHCHR-Malaysia.pdf


Gambar 5:
Setakat tahun 2013, ICERD TIDAK DIRATIFIKASIKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA ketika itu. Boleh rujuk sendiri di dokumen yang telah dikeluarkan oleh UPR dan SUHAKAM sendiri.


2. Table: Government of Malaysia’s Positions on the UPR Recommendations (Prepared by SUHAKAM)https://drive.google.com/file/d/0B6FQ7SONa3PRTkVVRXdRM05NY00/view


Gambar 6:
Setakat tahun 2013, ICERD TIDAK DIRATIFIKASIKAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA ketika itu. Boleh rujuk sendiri di dokumen yang telah dikeluarkan oleh UPR dan SUHAKAM sendiri.


5. 2015, SUHAKAM GESA KERAJAAN BN UNTUK RATIFIKASIKAN ICERD

5 tahun berlalu, walaupun ada komiti IASC yang telah ditubuhkan, namun kerajaan ketika itu masih tidak berbuat apa-apa mengenai konvensyen-konvensyen antarabangsa termasuklah ICERD, tiada usaha ratifikasi seperti perbincangan, memanjang dok ‘study’.

Rujuk gambar 7 atau dipautan:
“SUHAKAM calls on the Government to accede to the International Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination 1969”
http://www.suhakam.org.my/wp-content/uploads/2015/04/Press-Release-ICERD-2015-.pdf



Gambar 7
2015, SUHAKAM GESA KERAJAAN BN UNTUK RATIFIKASIKAN ICERD
.
5 tahun berlalu, walaupun ada komitee yang telah ditubuhkan, namun kerajaan ketika itu masih tidak berbuat apa-apa mengenai ICERD ini, tiada usaha ratifikasi seperti perbincangan, memanjang dok ‘study’.

6. 2016, SUHAKAM MELOBI SEKALI LAGI PADA INTERIM UPR KALI KEDUA.

6 Tahun berlalu sekali lagi SUHAKAM mengadu kepada kumpulan-kumpulan Hak Asasi Antarabangsa di UPR bahawa kerajaan Malaysia tidak mengambil serius akan ratifikasi ICERD ni, den quote merek

"The Government has established an inter-agency standing committee (IASC) on human rights to carry out studies on the feasibility of Malaysia’s accession to the International Covenant on Economic, Social and Cultural Rights (ICESCR) and theInternational Convention on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination (ICERD). IASC’s work in this regard commenced since as early as 2013.

However, information regarding the progress or outcomes of such studies has yet to be made publicly available. To date, SUHAKAM does not see any significant evidence to suggest that the Government is moving forward in acceding to the aforesaid international instruments."

Rujuk gambar 8 atau dipautan:
SUHAKAM’s Midterm Report for Malaysia’s second UPR
https://drive.google.com/file/d/0B6FQ7SONa3PRczB2YWcwS2hKcms/view


Gambar 8:
6 Tahun berlalu sekali lagi SUHAKAM mengadu kepada di UPR bahawa kerajaan Malaysia tidak mengambil serius akan ratifikasi ICERD.


"NO SIGNIFICANT EVIDENCE". Itulah kata SUHAKAM.
Jadi setakat Interim UPR 2013, Malaysia masih TIDAK BERMINAT NAK RATIFIKASI ICERD.


.7. 2014-2016, KOMAS MELOBI ICERD

NGO-NGO Hak Asasi Manusia (HAM) seperti KOMAS yang merupakan sebahagian daripada penggeraknya adalah orang yang sama mengerakkan SUHAKAM juga dilihat kerap menolak isu meratifikasi ICERD di dalam dokumen-dokumen mereka.

Di dalam dokumen mereka digambar seolah-olah Malaysia ni sangatlah teruk dan perlukan ICERD untuk 'fix' isu diskriminasi kaum di Malaysia dengan segera.

Antara isu-isu yang dinaikkan adalah dari seremeh-remeh isu salah pasang tanda tandas muslimin/muslimat di tandas PLUS, gelas asing muslim/bukan muslim, isu dobi 'Muslim Only' di Muar hinggalah kepada isu politik seperti kenyataan TGHH dalam isu Hudud di Malaysia.

Dijaja dan dilobi diluar negara seolah-olahnya teruk sangat perkauman kat Malaysia ni.

Boleh rujuk gambar 9-12 ataupun dipautan:


MALAYSIA RACIAL DISCRIMINATION REPORT 2017
https://komas.org/v2/wp-content/uploads/2016/03/Malaysia-Racial-Discrimination-Report-2017.pdf




Gambar 9:
NGO-NGO HAM seperti KOMAS yang merupakan sebahagian daripada SUHAKAM juga kerap menolak isu ratifikasi ICERD di dalam dokumen-dokumen mereka.

Di dalam dokumen mereka digambar seolah-olah Malaysia ni sangatlah teruk dan perlukan ICERD untuk 'fix' isu ini.

Antara isu-isu yang dinaikkan adalah dari seremeh isu salah pasang tanda tandas muslimin/muslimat di tandas PLUS, gelas asing muslim/bukan muslim hinggalah kepada isu politik seperti kenyataan TGHH dalam isu Hudud di Malaysia.

Dijaja dan dilobi diluar negara seolah-olahnya teruk sangat.




Gambar 10:
NGO-NGO HAM seperti KOMAS yang merupakan sebahagian daripada SUHAKAM juga kerap menolak isu ratifikasi ICERD di dalam dokumen-dokumen mereka.

Di dalam dokumen mereka digambar seolah-olah Malaysia ni sangatlah teruk dan perlukan ICERD untuk 'fix' isu ini.

Antara isu-isu yang dinaikkan adalah dari seremeh isu salah pasang tanda tandas muslimin/muslimat di tandas PLUS, gelas asing muslim/bukan muslim hinggalah kepada isu politik seperti kenyataan TGHH dalam isu Hudud di Malaysia.

Dijaja dan dilobi diluar negara seolah-olahnya teruk sangat.


Gambar 11:
NGO-NGO HAM seperti KOMAS yang merupakan sebahagian daripada SUHAKAM juga kerap menolak isu ratifikasi ICERD di dalam dokumen-dokumen mereka.

Di dalam dokumen mereka digambar seolah-olah Malaysia ni sangatlah teruk dan perlukan ICERD untuk 'fix' isu ini.

Antara isu-isu yang dinaikkan adalah dari seremeh isu salah pasang tanda tandas muslimin/muslimat di tandas PLUS, gelas asing muslim/bukan muslim hinggalah kepada isu politik seperti kenyataan TGHH dalam isu Hudud di Malaysia.

Dijaja dan dilobi diluar negara seolah-olahnya teruk sangat


Gambar 12:
NGO-NGO HAM seperti KOMAS yang merupakan sebahagian daripada SUHAKAM juga kerap menolak isu ratifikasi ICERD di dalam dokumen-dokumen mereka.

Di dalam dokumen mereka digambar seolah-olah Malaysia ni sangatlah teruk dan perlukan ICERD untuk 'fix' isu ini.

Antara isu-isu yang dinaikkan adalah dari seremeh isu salah pasang tanda tandas muslimin/muslimat di tandas PLUS, gelas asing muslim/bukan muslim hinggalah kepada isu politik seperti kenyataan TGHH dalam isu Hudud di Malaysia.

Dijaja dan dilobi diluar negara seolah-olahnya teruk sangat


Kalau nak baca lagi mengenai KOMAS boleh rujuk di tulisan Abang Lukman Sheriff di:https://www.facebook.com/lukman.sheriff.1/posts/10155468186087820 8. 2018, SEBELUM PRU 14.
By now, den rasa engkau orang pun mesti boleh nampak paten dia kan, UPR di'review' setiap 4 tahun, (2009-2013-2018) dan setelah hampir 9 tahun UPR review yang pertama disertai oleh Malaysia, malah komiti yang ditubuhkan untuk mengkaji 4 konvensyen-konvensyen antrabangsa termasuk ICERD pada 2010, sehingga 2018 masih lagi TIADA RATIFIKASI yang telah dilakukan oleh kerajaan Malaysia. Itu benda yang kita kena tahu.

Dan tahukah anda pada awal tahun 2018, iaitu pada bulan Mac tahun ini, SUHAKAM sekali lagi telah mengeluarkan kenyataan bahawa Kerajaan Malaysia (Kerajaan BN),

BAHAWASANYA TIADA LANGKAH KONKRIT YANG TELAH DIJALANKAN OLEH KERAJAAN UNTUK MERATIFIKASIKAN 4 KONVENSYEN-KONVENSYEN ANTARABANGSA TERSEBUT(termasuklah ICERD) walaupun sudah bertahun menubuhkan jawatankuasa iaitu sejak 2010.

Rujuk gambar 13 atau dipautan;
Submission by the Human Rights Commission of Malaysia (SUHAKAM) to the United Nations Human Rights Council’s Third Universal Periodic Review of Malaysia (March 2018)
https://drive.google.com/file/d/10OwJjaYz1ETMiZtVTHYTw57uYZdyN27V/view?usp=sharing


Gambar 13:
2018, - PRA PRU 14.
Kerajaan Malaysia (Kerajaan BN) TIADA LANGKAH KONKRIT YANG TELAH DIJALANKAN OLEH KERAJAAN UNTUK MERATIFIKASIKAN ICERD walaupun sudah bertahun menubuhkan jawatankuasa iaitu sejak 2010.

Maka in short, sejak dari tahun 2009-2018 (sebelum tukar kerajaan), 4 konvensyen-konvensyen antarabangsa tersebut termasuklah ICERD TIDAK DIRATIFIKASI kan, mudahnya pada ketika itu KERAJAAN TIDAK BERSUNGGUH-SUNGGUH untuk meratifikasi konvensyen-konvensyen tersebut.

Ni bukan den yang koba ni, SUHAKAM yang koba ya.


.9. 2018, BIBIT AWAL.

Kita semua tahu bahawa geng-geng seperti COMANGO, KOMAS, SUHAKAM, IFC bagai juga antaranya adalah penggerak BERSIH, mereka ni lah yang galak nak ratifikasi ICERD.

Maka tidak peliklah apabila kemudiannya isu meratifikasi konvensyen-konvensyen antarabangsa yang tertangguh ini telah mendapat tempat di dalam perkara 26 manifesto Pakatan Harapan.

TAK PERCAYA?

Den quote,

Janji 26: Menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai rekod hak asasi yang dihormati dunia

Kerajaan Pakatan Harapan akan menjadikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) sebagai sebuah badan yang berwibawa dan dihormati. Laporan SUHAKAM akan dijadikan agenda perbahasan di Parlimen agar cadangan-cadangannya ditimbang dengan sewajarnya

 Pelan Hak Asasi Manusia Kebangsaan akan dperbaiki dan dilaksanakan sepenuhnya. Matlamat kita ialah agar kedudukan Malaysia dalam Universal Periodic Review menjadi lebih baik dan peningkatan prestasi kita selaras dengan perkembangan dunia.

..Konvensyen-konvensyen antarabangsa yang sesuai tetapi belum diratifkasi akan diratifkasikan seberapa segera, termasuklah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Hak Politik dan Sivil. "

Boleh rujuk gambar 14 atau dipautan;
https://kempen.s3.amazonaws.com/pdf/Buku_Harapan.pdf


Gambar 14:
'Janji 26: Menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai rekod hak asasi yang dihormati dunia

Kerajaan Pakatan Harapan akan menjadikan
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)
sebagai sebuah badan yang berwibawa dan dihormati.
Laporan SUHAKAM akan dijadikan agenda perbahasan di Parlimen agar cadangan-cadangannya ditimbang dengan sewajarnya

.. Pelan Hak Asasi Manusia Kebangsaan akan dperbaiki dan dilaksanakan sepenuhnya. Matlamat kita ialah agar kedudukan Malaysia dalam Universal Periodic Review menjadi lebih baik dan peningkatan prestasi kita selaras dengan perkembangan dunia.

..Konvensyen-konvensyen antarabangsa yang sesuai
tetapi belum diratifkasi akan diratifkasikan seberapa
segera, termasuklah Konvensyen Antarabangsa
Mengenai Hak Politik dan Sivil.

 " Ditakdirkan Allah, PH menang. Alhamdullilah.

Dan bermula dari situlah keadaan mula nampak berubah...


10. 2018, PASCA PRU.

Seawal 2 Julai 2018 - Menteri Luar Negeri Datuk Saifudin Abdullah, disebuah forum anjuran Sinar Harian, beliau telah sebut dan menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia akan meratifikasi baki kesemua 6 konvensyen antarabangsa yang belum ditandatangani.

Rujuk: https://youtu.be/mnVRmTOcoiY?t=2115

Dan kemudianya pada 29 Sept 2018, diselitkan pula usaha tersebut di dalam ucapan oleh Tun M di UNGA, Tun di dalam ucapan tersebut ada menyebut:

“Kerajaan baharu Malaysia turut berikrar dalam lingkungan sama, untuk mengiktiraf "semua baki instrumen PBB" berkaitan perlindungan hak asasi manusia. Ia bukan mudah bagi kami kerana Malaysia adalah negara berbilang etnik, agama, budaya dan bahasa. Kami akan memperuntukkan ruang dan masa bagi semua untuk membuat keputusan secara bebas berasaskan demokrasi."


ujuk disini atau di Gambar 15:
Teks ucapan penuh Dr Mahathir di UNGA ke-73
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/09/479255/teks-ucapan-penuh-dr-mahathir-di-unga-ke-73


Gambar 15:
29 Sept 2018, diselitkan pula di dalam ucapan oleh Tun M di UNGA yang mana akhirnya diangkat menjadi dasar luar Malaysia Baharu, di mana Tun telah menyebut:

“Kerajaan baharu Malaysia turut berikrar dalam lingkungan sama, untuk mengiktiraf "semua baki instrumen PBB" berkaitan perlindungan hak asasi manusia. Ia bukan mudah bagi kami kerana Malaysia adalah negara berbilang etnik, agama, budaya dan bahasa. Kami akan memperuntukkan ruang dan masa bagi semua untuk membuat keputusan secara bebas berasaskan demokrasi."


Yang mana akhirnya ucapan tersebut telah diangkat menjadi dasar luar bagi 'Malaysia Baharu' melalui usul yang telah di bawa pada sidang parlimen.

Kemudian pada hari perbahasan usul ucapan tersebut di parlimen iaitu pada 15 Oktober 2018, ianya telah di-'highlight'kan pula oleh Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthurirani.P yang menggesa kerajaan untuk memenuhi janji ke 26 Manifesto PH untuk meratifikasi konvensyen-konvensyen antarabangsa termasuklah ICERD, ketika beliau membahas usul dasar luar tersebut.

Den sendiri pernah tulis pasal ucapan perbahasan tersebut.

Rujuk:Perkara 153, 3, 160 terancam?
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217884092722840&id=1499194213

Menariknya, ketika usul dasar luar tersebut dibahaskan, YB KJ adalah antara yang terawal membangkitkan risiko akan kesan ratifikasi ICERD kepada perkara 153.

Rujuk:


KJ persoal kesan konvensyen PBB pada hak bumiputera


https://www.malaysiakini.com/news/447448 TIADA KEBERANIAN NAK RATIFIKASI KONVENSYEN-KONVENSYEN ANTARABANGSA ini.

Boleh rujuk hansad 15/10/2018 kalau tak percaya.

Malah 'Lawyers for Liberties' (LBL) yang juga di antara NGO di belakang SUHAKAM di UPR, telah mengeluarkan 'media statement' mengecam YB KJ apabila beliau berkata ICERD menggangu perkara 153.

Rujuk:
Khairy is wrong that ratifying the convention against racial discrimination( ICERD) will affect special position of Malays

https://www.lawyersforliberty.org/lfl-khairy-is-wrong-that-ratifying-the-convention-against-racial-discrimination-icerd-will-affect-special-position-of-malays/

11. 23 OKTOBER 2018, ISU ICERD MELETUP.

Dan pada 23 Oktober 2018, isu ini akhirnya telah MELETUP bila mana Menteri Perpaduan, YB Senator P. Waytha Moorthy sebut nak ratifikasi 6 konvensyen termasuk ICERD disebuah persidangan yang bertajuk "Malaysia Towards ICERD Ratification" di Petaling Jaya.


Beliau siap dah bagi tarikh nak ratifikasi iaitu pada Q1 2019. Rujuk Gambar 16:
Minister: Govt to ratify convention on racial discrimination, five other treaties in Q1 2019
https://www.malaymail.com/s/1686303/minister-govt-to-ratify-six-treaties-including-icerd-in-2019
Gambar 16
Masa inilah benda ni meletup teruk.
Sebabnya berpandukan ayat dari YB Senator pada majlis tersebut, kerajaan harini sudah seolah-olah macam dah CONFIRM nak RATIFIKASI konvensyen-konvensyen antrabangsa tersebut termasuklah ICERD.

Tanpa ada apa-apa lagi perbincangan, tanpa dibawa ke parlimen ataupun persetujuan Majlis Raja-Raja.




Maka dimulakan petisyen Bantahan Ratifikasi Konvenyen Antarabangsa ICERD oleh peguam-peguam dari MTEM, MLC dan CLJ yang telah disokong penuh oleh aktivis-aktivis media sosial serta keterlibatan platform atas talian seperti The Patriots dan Gerakan Pengundi Sedar, GPS seperti di pautan:


https://www.change.org/p/pendokong-perlembagaan-bantahan-ratifikasi-konvensyen-antarabangsa-icerd isu ini kemudiannya mula di 'pickup' oleh NGO -NGO seperti UMMAH, ISMA, HALUAN,GAMIS, PPIM, PPMM, MACSA, CENTHRA, PERKID, KONGRES RAKYAT, MUAFAKAT dsbnya, sebelum disambut oleh Pemuda UMNO, Pemuda PAS yang akhirnya merebak ke keseluruhan UMNO, PAS and the rest is history.


.KESIMPULANNYA, gerakan nak bawa konvensyen-konvensyen antarabangsa termasuklah ICERD ke dalam Malaysia ini sudah lama tuan-tuan, sejak 2009, dan mungkin sebelum itu juga.

Cumanya, sebelum pertukaran kerajaan ianya tidak pernah menjadi kerisauan siapa-siapa kerana KERAJAAN LAMA TIDAK PERNAH KOMITED UNTUK MERATIFIKASI ICERD ini.


Ni bukan den koba ya, ni SUHAKAM and the gang yang kata.

Akan tetapi ianya telah menjadi kegelisahan dan kerisauan bahkan mungkin menjadi polemik bila kita dah tukar kerajaan baru ni, nampaknya macam NGO-NGO HAM dan SUHAKAM ni buat kerja lebih dan 'extra'.

Dan lebih merisaukan, apabila menteri luar seperti Dato' Saifuddin dan YB Waytha Moorthy, tidak dilupakan Datuk Seri Mujahid..

Memberikan kenyataan-kenyataan seolah-olah bersungguh sangat nak buat ICERD.


Maka logiklah ada yang panik dan menggelabah..
Nasihat ikhlas dan rendah diri dari den,

For once, sekali ini saja, BUANGLAH SEKEJAP topi Politik tu.

Kita hentikan dulu 'playing the blame game'.

Ketahuilah bahawa ini bukan isu UMNO atau PAS hasut rakyat, UMNO tipu PAS dsbnya..

Anda kena sedar dan tahu bahawa seolahnya ada cubaan nak 'infiltrate' perlembagaan kita melalui jalan belakang menggunakan gerakan-gerakan atas nama NGO-NGO HAM.


NGO-NGO HAM, yang mengutuk kita diluar, melobi di UPR, mengutuk Perkara 153 sebagai sebuah PENINDASAN, DISKRIMINASI dan PEMBANTAIAN HAK.

Jadi bukalah mata, dan telinga,

FAHAMI dan BERSATULAH kita semua, orang MELAYU, ANAK NEGERI BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK, tanpa mengira parti..

Kita sama-sama DESAK dan INGATKAN kerajaan harini, supaya tidak komited untuk MERATIFIKASIKAN ICERD yang akhirnya boleh mengganggu-gugat HAK KITA iaitu PERKARA 153 di dalam PERLEMBAGAAN, hanya kerana ditekan oleh kumpulan-kumpulan NGO HAM dan SUHAKAM yang mungkin telah ada dalam kerajaan itu sendiri.

"As Simple As That."

TITIK.


Sekian.

SEBARKAN.

P/S: Sapa rajin boleh buat Timeline. Den malas.


Nota Kaki:

Sebagai penutup den kongsikan apa yang dilobi oleh SUHAKAM pada UPR kali yang ke-3 bagi Malaysia pada 5 November 2018 yang lepas.

Rujuk gambar akhir atau dipautan ini:
Summary of stakeholders' information
http://daccess-ods.un.org/access.nsf/Get?Open&DS=A/HRC/WG.6/31/MYS/3&Lang=E



Boleh mula 'connect the dots' dan fikir-fikirkanlah :)

SUMBER FB Khairul Azri

P. Waytha Moorthy HINA Bangsa Melayu



Kata-kata dusta dan nista dari seseorang yang mungkin anda kenali. (sila tonton video)

Tiada satupun bangsa yang Tuhan cipta untuk dihina.. Ada yang melenting bila orang hina bangsanya tetapi dia sendiri menghina bangsa lain dengan lebih kejam pula...

Tak layak seseorang yang menghina Negara dan Bangsa lain di beri kuasa untuk menjaga perpaduan antara kaum ia bercanggah dengan nilai perpaduan itu sendiri.

Jangan pandang hina terhadap sesuatu bangsa!!! MUNGKIN tanpa bangsa tersebut keadaan kita lebih teruk dari yang disangkakan...

WAYTHA U MEMANG TAK LAYAK JADI MENTERI APA-APAPUN LA BRO... APATAH LAGI JADI MENTERI PERPADUAN!!!

Sumber: Zamri Vinoth