Empat Anasir Dalam Diri Manusia
Manusia itu ada padanya empat anasir
Dengan empat anasir itulah manusia berwatak dan berperanan... Read more
Ada roh atau hati, ada nafsu, ada akal, ada fizikal
Sejauh mana dia boleh mendidik keempat-empat anasir itu
Sejauh itulah dia bersikap dan berperanan
Jika akal dipertajam, roh dibersihkan, nafsu dikekang, sifat malaikatlah yang lebih menonjol dan berperanan
Kalau keempat anasir itu seimbang sifat manusianyalah yang menonjol
Sekiranya nafsu dan fizikalnya yang dibelai hingga subur, maka sifat haiwannyalah yang menonjol dan berperanan
Jika akal, nafsu dan fizikal yang dipertajam, roh tidak diambil kira sifat syaitannyalah yang menonjol
Kalau begitulah manusia itu
Rupanya manusia itu boleh jadi malaikat yang menyerupai manusia,
boleh kekal seperti manusia lahir dan batin
Boleh bersifat syaitan yang berwajah manusia,
boleh berwatak haiwan yang berupa manusia
Golongan yang anasirnya seimbang paling tinggi darjatnya hanya menjadi orang soleh
Golongan yang sifat malaikat menonjol boleh jadi golongan muqarrobin
Golongan yang sifat haiwannya yang menonjol dia menjadi orang yang fasiq
Golongan yang sifat syaitan yang menonjol dia boleh menjadi manusia
yang zalim dan ganas
Makan minum ….sombong, bermusuh, mengadu domba, memecah-belah,
Golongan yang bersifat malaikat kebanyakannya sangat terserlah,
manfaatnya makhluk dan manusia yang dapat
Beribadah, merendah diri, pemurah, sabar, tenang, pemaaf, memberi maaf, berzikir, tasbih, tahmid, rasa hamba, rasa bertuhan, bertimbang rasa, kasih sayang, belas kasihan
Golongan yang bersifat haiwan, hanya makan minum, seks, rehat, tidur, berkelahi, tamak, bakhil, perosak
Golongan yang bersifat manusia, makan minum, kahwin,
sedikit kebaikannya, ibadahnya ala kadar
Tidak terlalu jahat tidak juga terlalu baik
Apa yang berlaku di dalam sejarah manusia majoritinya bersifat manusia,
haiwan dan syaitan
Kehidupan manusia tidak pernah sunyi daripada tamak, haloba,
sombong, berkelahi, mengadu domba
Berperang, khianat-mengkhianati, jatuh-menjatuh dan berperang, tipu-menipu
Bala bencananya yang kena manusia juga
Sama ada diri dan nyawa, harta benda dan keluarganya
Azab sengsara yang mereka cipta sendiri di dalam kehidupan mereka
Orang-orang Tuhan datang kerjanya mereka menyelamatkan semula manusia
Paling tidak memanusiakannya semula manusia
Agar dunia jadi syurga sebelum Syurga