02 Disember 2009

dunia ini



Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di
lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.

Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.

Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali
kepada bentuk asalnya.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada

kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia
akan pecah.

Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam
kehinaan.
Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan
banyak tapi diiringi dengan riak.

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera.

Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.

Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan
hatimengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.

Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung
sehingga ia mula bercakap kosong

Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.

Oleh
itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha
Berkuasa..

Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada
melaksanakan sepotong pesanan.

Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua
akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis
kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman...

Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang
diimaginasi .

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang
setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong
impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita
ke jalan Allah.

Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca
kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana
tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana
berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana
beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana
bersenda itu akan membuat
muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah
ibudari segala ketenangan jiwa.

"Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang

bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika
kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan
dibalas kejahatan,
itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia
dan terpuji."

"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

"Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan
perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi
kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji

keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut
kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang
menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang
ditinggalkan".

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan
orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg
telah dicari"

"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman

dan mati tak ber teman....

"Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi
kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."


"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang
berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai
peluang.
Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula
ke pada Ilahi."

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang
dari semangat yang tidak pernah mengalah."




Tiada ulasan: