25 Disember 2009

puisi untukmu sayang

Acap kali
aku teringatkanmu,
Acap kali
bibirku menyebut namamu,
Acap kali
aku terfikir keindahan bersamamu
Aku tahu
kau sayang dia,
Aku tahu
kau cinta dia,
Aku tahu
kau takkan melepaskannya…

Aku sedar
aku insan ketiga,
Aku sedar
aku bukan sesiapa,
Aku sedar
aku hanya insan biasa…

Namun tetap jua aku akan katakan,
Jujur,
aku sayang padamu…
Tulus,
rinduku bertaut padamu…
Ikhlas,
hati ini menyintaimu, sepenuh hatiku…
Hingga akhir hayat…

1 ulasan:

Rofi berkata...

waduh.. sampe merinding aku baca2 disini... kamu pasti cinta dan syng sangat dengn siti... ku ikut terharu..